Monday, July 13, 2009

68.4 peratus keluar mengundi jam 12 tengahari

MANEK URAI TERKLINI

Jam 12.30 tengahari

SPR memberitahu, sudah 68.4 peratus atau 8,415 pengundi dari 12,293 telah membuang undi sehingga jam 12 tengahari tadi.

BN jadikan Lee Kuan Yew sebagai modal kempen

KUALA KRAI, 14 Julai: Barisan Nasional (BN) telah menjadikan kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew ke Kelantan sebagai kempen strategi akhir mereka di Manek Urai.

Mereka menyifatkan Nik Aziz sanggup berjumpa dengan Lee Kuan Yew tetapi tidak mahu bertemu dengan pemimpin Umno.

Poster dan banner itu mula dinaikkan di saat-saat akhir kempen iaitu petang semalam.

Padahal dalam siri lawatan yang sama, Lee Kuan Yew turut bertemu Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor.

Najib semasa kunjungan itu dikatakan berjanji untuk membina jambatan ketiga antara Johor dan Singapura atas permintaan Singapura yang kemudiannya dibantah bekas PM, Tun Dr Mahathir.

Lee Kuan Yew pula semasa mengunjungi Nik Aziz bertanya apakah dasar PAS terhadap rakyat berbilang kaum jika memerintah negara ini.

Pengundi keluar awal

MANEK URAI TERKINI

Jam 11.45 pagi

SPR mengumumkan, 57.6 peratus atau 7,085 pengundi telah keluar mengundi jam 11 pagi tadi.

Pengundi nampaknya keluar awal kali.Ada 12, 293 pengundi berdaftar dalam pilihan raya ini.

Kekecohan berlaku di Manek Urai Baru sehingga memaksa polis datang untuk menyuraikan keadaan.

Ia berlaku apabila penyokong PAS dan Umno ramai berkumpul di situ.

Perkara ini berlaku walaupun SPR telah membuat peraturan tidak boleh berkempen di hari pengundian.

Manek Urai: Poll tunjukkan PAS akan menang lebih besar?

KUALA KRAI, 13 Julai - Sebuah badan pro-PAS dalam poll mereka semalam mendapati, 61.2 peratus dari pengundi Manek Urai akan mengundi PAS esok manakala 38.8 peratus berkata akan mengundi Umno.

Keputusan itu dicapai berdasarkan poll yang dibuat ke atas 520 respondan yang terdiri dari pengundi Manek Urai.

Jika poll ini benar-benar mewakili pengundi Manek Urai, PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihan raya esok.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS, Ismail Yaakub mengalahkan calon BN dari Umno dengan majoriti 1,325 undi.

Menurut seorang profesor sains politik dari sebuah pusat pengajian di Singapura yang turun ke Manek Urai mulai semalam, kebanyakan pengundi yang beliau temui berkata, "Saya akan undi Tok Guru."

Ia merujuk kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am yang menjadi ikon kempen pilihan raya PAS kali ini.

PAS telah menjadikan Nik Aziz sebagai ikon kempennya dalam pilihan raya ini dengan slogan "Pimpinan Tok Guru Manek Urai Berkat."

Ekoran ikon ini, antara kempen Umno adalah menyerang Nik Aziz secara peribadi atau kepimpinannya.

Menyerang Nik Aziz adalah antara kesilapan besar BN dalam pilihan raya kali ini. Ini kerana, rakyat Kelantan terlalu sayang dengan MB mereka ini.

Gerakan sertai perhimpunan anti ISA 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Pemuda Gerakan mengambil tindakan yang memeranjat apabila mereka mengumumkan akan menyertai lain-lain pihak bagi membantah ISA 1 Ogos depan.

Ketua biro Khidmat Guaman dan Aduan Awamnya, Andy Yong berkata, sekumpulan Pemuda Gerakan akan menyertai demo besar-besaran yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu.

Perhimpunan mansuhkan ISA 1 Ogos ini diadakan sempena ulang tahun ke - 49 ISA. Perhimpunan ini akan disertai oleh NGO dan juga pertubuhan politik.

PAS melalui Dewan Pemudanya telah menggerakkan ahlinya agar menyertai perhimpunan ini.

"Keputusan kami telah dimaklumkan kepada Pengerusi GMI Syed Ibrahim dan beliau menyambut baik," kata Yong lagi.

Pengundi MU perlu jadi penyelamat sekali lagi - Kit Siang

KUALA KRAI: Pengundi Manek Urai disifatkan sebagai penyelamat sekali lagi sekiranya memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil 14 Julai ini kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Kata beliau 31 tahun lalu PAS kalah teruk di Kelantan tetapi Umno tidak berjaya menguburkan PAS di negeri ini kerana masih masih mampu bertahan di dua kerusi di mana salah satunya adalah kerusi Manek Urai.

"Tapi kali ini pengundi Manek Urai akan menjadi penyelamat Rakyat Malaysia, kemenangan calon PAS akan menyampaikan mesej jelas kepada semua dan pilihan raya akan datang bakal berlaku sejarah besar ," kata beliau dalam satu ceramah membantu kempen PAS dekat sini.

Kata beliau terserah kepada pengundi Manek Urai untuk menyampaikan mesej yang bagaimana dengan menyebut: " satu Malaysia sedang menunggu adakah Manek Urai akan menyokong Pakatan Rakyat."

Pakatan Rakyat ketika ini masih mengekalkan rekod mengalahkan Umno dan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12.

Selain itu Kit Siang turut menyentuh mengenai angka 11 yang beliau sifatkan sebagai angka keramat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Najib mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat pada jam 11 pagi bertarikh 11 Julai. Ini angka keramat PM baru. Tetapi saya harap pengundi Manek Urai boleh hapuskan angka 11 ini dengan angka 14 (hari membuang undi),' katanya.

Mengulas mengenai janji Najib, tokoh vateran DAP itu mempersoalkan kenapa tidak dalam 11 pekara yan dijanjikan itu tidak termasuk pendekatannya untuk menghapuskan jenayah dan rasuah sedangkan Perdana Menteri ketika mengumumkan enam komitmennya - beliau mahu menyelesaikan masalah itu.

"Dalam perkara ini beliau nampaknya tidak serius. Tidak mungkin selepas 100 hari menjadi PM masih belum jumpa cara mengatasi masalah jenayah dan rasuah ini untuk diumumkan kepada rakyat. Sebenarnya beliau tidak yakin kerana terlalu banyak skandal yang berlaku termasuk selepas beliau mengambil alih pentadbiran," ujar beliau.

Sunday, July 12, 2009

Khir diarah keluar dari Dun Selangor

SHAH ALAM, 13 Julai: Adun Sungai Panjang, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo diarahkan keluar dari Dewan Undangan Negeri Selangor selepas enggan menarik balik tuduhannya bahawa Speaker Dun itu berat sebelah.

Teng Chan Kim beberapa mengarahkan Khir menarik balik tuduhannya itu namun Khir enggan berbuat demikian.

Pertengkaran bermula apabila Adun Sekinchan, Ng Suee Lim memaklumkan kepada Dun bahawa beliau telah menerima saman dari Khir di kawasan 'Dewan' itu.

Saman itu adalah berkaitan dengan dakwaan Ng bahawa banglo Khir di Jalan Suasa 7 (gambar pintu pagar rumahnya) dekat sini bernilai RM24 juta walaupun Khir mendakwa ia hanya bernilai RM3.5 juta.

Ia telah menyebabkan Speaker menegur Khir kerana ia boleh menghakis imunity Adun dan meminta Khir tidak mengulangi perbuatannya itu.

Namun Khir mempertahankan tindakannya itu kerana maksud Dewan bagi beliau adalah dalam kawasan 'Dewan Mesyuarat' bukannya di luar dewan mesyuarat.

Namun apabila Teng meminta Khir menjelaskan peraturan atau perintah tetap yang mana dipakai Khir, Khir menyatakan Teng berat sebelah.

Ekoran itu, Teng meminta Khir menarik balik perkataan itu beberapa kalu namun tidak diendahkan oleh Khir.

Ekoran itu, Khir diarahkan keluar Dewan namun tidak dinyatakan tempohnya.